Selasa, 18 Ogos 2009

Info H1N1

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu
(selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah
bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan
babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam
'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di
dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air
born' dan berjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di
udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia
tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang
baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yg perlu anda tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di
Mexico tetapi tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah
dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la
outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4
hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit
pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat
dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko,
ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya
akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan
SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal,
ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung
collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

Siapa Yang Berisiko


1.Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. Perempuan yang mengandung
3 .Orang yang ada astmatic
4 . Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani
'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi,
golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di
atas


Simptom2

Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun
telah mkn ubat demam)
Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 - Sakit dada yang teruk....jumpa doktor dengan segera
Day 5 - And above lung collapse @ koma


Langkah-langkah Kawalan


1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (
kawasan yang padat dengan orang ramai)

2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga
kebersihan rumah dan persekitaran

3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan
berkumpulan)

5 - Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema
biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai
'mask' (sekurang2nya 3 ply mask)

6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7 - Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk
pemeriksaan dan rawatan

8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di
kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9 - Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!! jika sihat dan
mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk
merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi
virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut
terlebih awal.

10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk
'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.

11- Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja
di Malaysia. Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample.
Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak
perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita
sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH
s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit
Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Court Mammoth Iklan gempak je lebih.. tpi hampeh!!

Tak sabo rasenyer nak sofa baru untuk raye ni.. kami pon carilah awal2. Puas mencari tapi jodoh bleh plak dgn si Courts ni. Hemm cantik memang puas hati.. sume settle tinggal mase utk di hantar saje..

tungguu

punya

tungguu..

punya

tungguuuuuu..

punya

tungguuuuuuuuuuuuuuuuu..!!!!

akhirnya mencari kemarahan aku... sofa yg diidam2 tak tibe2.. ni dah 3 minggu ni!! janji 2 minggu je!!...

aku pon tel... ish yg peliknyer aku kene cari dia bukan dia cari aku.. hiss panas2..
mcm2 alasan diberinyer.. skrg bukan courts yg hanto la skrg pkai DHL la..
Iklan skit punyer gempak!! tapi delivery mcm sundal..

Tau tak aku dpt sofa tu lagi 3 atau 4 hari genap sebulan dari tarikh yg kami tempah. Bile dah anto lain pulak citer timbol.. Ya Allah... free give plak xde.. hisss memain la korang ni wat keje!!! motto "customer always right" xde dlm misi diorg agaknyer... aku call lagi.. katenyer lagi seminggu... pergh aku dah tak geti nak ckp ape... lepas seminggu aku pon call xde jugak.. oiii nak gulong tikor ke court ni.. 2, 3 hari lepas tu aku dpt call dr bdk sale ni.. katenyer ade tapi di tuko dgn brand lain.. lantakla janji aku nak jugak.. aku da xnak berurusan lgi dgn korang.. free give tu pon aku yg pilih tok amek sndri.. klau nak harapkan diaorg smpai sebln tak smpai...

Mase aku gi amek free give tu, sale girl xde gi sarapan.. jdi aku kene menunggu dia plak... errr btambah panasla laki aku... sdg kami tunggu ade 1 costumer ni nak batalkan brg yg dia amek.. brg dia tak smpai2.. ha!! nmpk sgt bukan aku sorang yg kene.. service diaorg memang x bagos. i'm very very very disappointed..

Isnin, 20 Julai 2009

Air mata ku...

Biar apa pun terjadi
Aku akan cuba hadapi
Walau hati ku hancur
Kan ku cuba menguntum senyum
Demi org sekeliling ku

Biar aku tanggung sendiri
Segala hina mu
Biar ku pendam sendiri
Sehingga akhir nadi

Air mataku tak mampu memilu mu
Riakmu bak awan tinggi
Hinamu sungguh menghiris hati ini
Nadamu persis ombak mengganas
Pasti tak kuat untukku redah

Pergilah duka
Ku alu-alukan bahagia
Singgahlah sebentar pada hatiku yang luka
Walau bahagia itu hanya sementara....


Khamis, 2 Julai 2009

Mengutamakan kebajikan org tua dr solat sunat dan perkara sunat lainnya

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Seorang yang bernama Juraij sedang salat di sebuah tempat peribadatan, lalu datanglah ibunya memanggil. (Kata Humaid: Abu Rafi` pernah menerangkan kepadaku bagaimana Abu Hurairah ra. menirukan gaya ibu Juraij memanggil anaknya itu, sebagaimana yang dia dapatkan dari Rasulullah saw. yaitu dengan meletakkan tapak tangan di atas alis matanya dan mengangkat kepala ke arah Juraij untuk menyapa.) Lalu ibunya berkata: Hai Juraij, aku ibumu, bicaralah denganku! Kebetulan perempuan itu mendapati anaknya sedang melaksanakan salat. Saat itu Juraij berkata kepada diri sendiri di tengah keraguan: Ya Tuhan! Ibuku ataukah salatku. Kemudian Juraij memilih meneruskan salatnya. Maka pulanglah perempuan tersebut. Tidak berapa lama perempuan itu kembali lagi untuk yang kedua kali. Ia memanggil: Hai Juraij, aku ibumu, bicaralah denganku! Kembali Juraij bertanya kepada dirinya sendiri: Ya Tuhan! Ibuku atau salatku. Lagi-lagi dia lebih memilih meneruskan salatnya. Karena kecewa, akhirnya perempuan itu berkata: Ya Tuhan! Sesungguhnya Juraij ini adalah anakku, aku sudah memanggilnya berulang kali, namun ternyata dia enggan menjawabku. Ya Tuhan! Janganlah engkau mematikan dia sebelum Engkau perlihatkan kepadanya perempuan-perempuan pelacur. Dia berkata: Seandainya wanita itu memohon bencana fitnah atas diri Juraij niscaya ia akan mendapat fitnah. Suatu hari seorang penggembala kambing berteduh di tempat peribadatan Juraij. Tiba-tiba muncullah seorang perempuan dari sebuah desa kemudian berzinalah penggembala kambing itu dengannya, sehingga hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Ketika ditanya oleh orang-orang: Anak dari siapakah ini? Perempuan itu menjawab: Anak penghuni tempat peribadatan ini. Orang-orang lalu berbondong-bondong mendatangi Juraij. Mereka membawa kapak dan linggis. Mereka berteriak-teriak memanggil Juraij dan kebetulan mereka menemukan Juraij di tengah salat. Tentu saja Juraij tidak menjawab panggilan mereka. Akhirnya mulailah mereka merobohkan tempat ibadahnya. Melihat hal itu Juraij keluar menemui mereka. Mereka bertanya kepada Juraij: Tanyakan kepada perempuan ini! Juraij tersenyum kemudian mengusap kepala anak tersebut dan bertanya: Siapakah bapakmu? Anak itu tiba-tiba menjawab: Bapakku adalah si penggembala kambing. Mendengar jawaban anak bayi tersebut, mereka segera berkata: Kami akan membangun kembali tempat ibadahmu yang telah kami robohkan ini dengan emas dan perak. Juraij berkata: Tidak usah. Buatlah seperti semula dari tanah. Kemudian Juraij meninggalkannya

Selasa, 30 Jun 2009

Air Mata Ibu...

Apakah sebenarnya terbuku dikalbu mu..
Apakah erti linang air mata di pipimu..
Ucapkanlah padaku tak bisa ku rungkainya..
Rahsia yang kau pendam itu..

Aku hanya menduga..
Tidak mampu merasa..
Sebenar-benar perasaan mu..
Pengorbanan yg kau lakukan untuk dewasakan ku..
Hanya bisa di tangung hati ibu..

Namun ku percaya..
Takkan terlerai kasih..
Ikatan ini takkan putus..

Telah kau telan lara..
Dan terima segala..
Dugaan dan badai yang melanda..
Duhai Ibuuuu...

Selasa, 23 Jun 2009

Petua Berguna..

Isk botol ni berlapok btol!!!! mcmne aku nak mengapai sampai dlm ek? emmmm.. berus botol baby dah lame takde... haaaa barulah aku teringat petua yang mak bg..
  • tak kirelah botol ape
  • cuma masokkan sedikit beras/gula pasir/garam atau yg sewaktu dgnnyer.. (tpi beras lgi berkesan)
  • dan sedikit air
  • ape lagi gocanglah sekuat hati hehe..
Aku gerenti botol mesti bersihnyer... aku dah wat kat botol air anak aku.. dia suka sgt bawak air oren dan grapes.. dua air ni memang senang melekat.. so slmat mencuba..hehe


Rabu, 10 Jun 2009

aku di Taman Seni Budaya Johor

dari depan kak nani, kak zan, abg is, aishah, kat blakang kak syam, aku dan kak yan

mase ni pertanding FTK da abes... baru bleh enjoy..



bergambar sebelum pertandingan FTK 1999... takotnyerrr

show di Singapore
emmm mak abah pon ade tau time FTK...
time2 yang sentiasa aku rindu

mak, abah dan azril dapat pergi ke Switzerland... meningalkan aku kesorangan di Msia huhu

Memang ramai yang tak sangka, aku yang bagai nak rak nyer pemalu boleh joint group tarian. huh? ape nak heran, people change!! hahaha..

Setelah mcm2 masalah yang aku lalui.. aku nekad untuk aktifkan diri dgn kegiatan yang mendatangkan hasil dan berfaedah. Masalah ape? mane bleh bg tau.. hehe.. biaselah.. frust nongeng hehe..

Apa yang dapat aku ceritakan di Taman Seni.. sememangnyer best giler.. disana bagaikan satu keluarga.. menari.. bergumbira.. mengikis sifat pemalu aku.. dan dapat tengok tempat orang.. ape taknyer sumenyer kerajaan support. aku seronok yang teramat sgt.. ramai kawan baru.. 'permandangan baru' hehe.. dan.. eh! ade terselit kawan lame? sape tu? emmm mcm pernah ku lihat tapi dimana ya? haha... sape lagi klau bukan laki aku..

Aku tak perasan sangat laki aku ni.. ingat2 lupe, mcm pernah nmpak. Dia yang mula bertanya dlu.. ohh rupenya budak sekolah masai.. hemmm..
Dari situlah kami berkawan... tup tup.. eh bercinta plak.. pastu kawen.. nah sekarang dah 3 org
anak kami.. tak sangkekan.. itulah namenye jodoh..

Suami aku lagi beruntung dia dapat ke luar negara.. Switzerland, London dan German. Huhuuhuu aku tak dapt ikot.. mase gi Swiss dia gi dgn mak abah skali.. bestnyer.. tingallah aku di Malaysia sorg diri.. huhu

Segalanya baru bermula bila bekerja

Buat pertama kalinya aku bekerja di BIJ (Brother Industries Johor) mase tu aku tengah tunggu SPM kuar.. jadi dari melahu kat uma baik keje.. dapat jugak duit.. that time ade kak ecah (kak ipar) dia yg ajak keje kat situ.. lepas SPM kuar aku pon ke TNT Express Worldwide.. kalau kat BIJ aku dok kat line je tapi kat sni mencabar skit.. aku asst. Account. byk yg aku belajar kat sni.. sbb nak ilmu nyer pasal terpaksa la telan dgn gaji yg ciput... lepas beberapa tahun aku berhijrah pulak ke company contruction... sebagai kerani am.. di LHL Construction S/B kat sni relek sikit... tak kejo mase.. bile time ade tender tu yg penat.. cume wife boss tu leceh skit.. cerewet.. biaselah org byk duit.. tapi gaji bleh tahan..cukoplah menampong hidup aku sorang..

Time aku keje di LHL nilah aku kawen.. dgn kawan sekolah.. kawan sekolah? takla.. tak kawan pon cuma tau dia sekolah Masai tu je.. mgkin tak kenal sgt sbb dia pengawas kot.. kan aku tak suka pengawas.. hehe last2 kawen jugak dgn pengawas hahaha.. tapi pertemuan pertama kita bukanla di sekolah atau di tempat keje.. tpi di Taman Seni Budaya Johor... ahakz.. ni nak kene sambung lgi ni...


Zaman sekolah...

Bila teringat zaman sekolah.. kekadang boleh tersenyum sendiri.. byk kenangan manis dan pahit. Aku memulakan persekolahan di SIGS, mendengar dan menyebut nama SIGS orang merasa bangga.. tapi pd aku.. semua sekolah sama saja... yang penting gurunya pandai teckle dan mengajar anak murid..tak guna kalau di SIGS tapi gurunye kurang ajar.. aku pernah kena tarik rambut kerana aku tak paham math.. tarik rambut tu.. sape tak marah!! bukan dia mengajar malah menghina lagi adelah.. sebab tulah pada sesiapa yang bercita2 jadi guru pastikan anda cukop penyabar dan betol2 ade niat murni nak mendidik anak bangsa.. bukan sekadar nakkan gaji lumayan dan glamour menjadi guru...

Aku ni dulu kuat memberontak.. kuat melawan.. tapi bukan dari percakapan tpi dari perbuatan... aku benci pada pengawas.. mungkin masa tu aku belom matang lagi kot.. hehe.. biasalah budak baru naik.. tapi sekarang tak.. senang dibawa berbincang.. hehe

Sekolah Menengah tak aleh2 aku ke SMDPT (sekolah dato penggawa timur, masai) huh masai tu.. ulu btol la pada aku dulu.. aku tak pernah kesana.. sekali mase nak daftar masok form 1 aku kene pergi sndri..huhuh mcm nak nangis pon ade.. tpi aku tekad.. kene tabah.. ape tak takotnyer mase sekolah rendah sume pompuan.. skali ni ade jantan plak.. seram tu..
kat masai aku 3 tahun je.. pastu ke SMTJJ (sekolah menengah johor jaya la mane lagi kampong halaman aku) bile sekolah kat situ senang skit aku jln kaki je.. anyway kat SMTJJ tak byk yg best sgt..

Khamis, 28 Mei 2009

Ketika kecil

Alahai comelnya budak kat sebelah ni... Inilah aku mase kecil. Bulat btol bijik mate.. cutekan? hehe puji ler diri sendiri.. aku kira anak perempuan pertama keluarga, aku ada 2 abg dan selepas aku 5 tahun baru aku dapat adik lagi dan lagi... nasib baik 2 je laginyer..

Time kecil memory aku tak berape bole ingat la cite lame2.. cuma yang penting2 aku ingatla.. mak kata time aku kecil aku pendiam sgt.. klau letak kat situ... kat situla aku.. takkan bergerak kemana.. hehe iye ke.. hehe..

Mak kata lagi..bila menangis mcm tak cukop nafas.. tersedu2.. betol2 hard feeling.. itulah aku.. ratu air mata sampai sekarang.. pantang nampak org nangis nanti aku joint same.. hehe




Ahad, 24 Mei 2009

Aku yang baru "bertatih"....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah... Tak sangka akhirnya aku mempunyai blog sndri. Boleh tahan susah jugak ye.. nak terkeluar rase bijik mate ni menelaah.. almaklumlah sekolah tak tinggi mane hehe.. tapi blehlah skit2 tu, kene byk study lagi agaknya.. anyway sekarang segalanya settle aku mampu melakukannya...hehe (bkn bangga diri tau). Jom layan cerita aku dari kecil sehinga da beso panjang ni...(da tua laa huhu)