Ahad, 22 Julai 2018

My cute and funny cat

Sejak dari 2013 Bella bersama kami.. penyeri.. kekadang jdi penyebok haha! She so sweet and funny cat. Love u so much Bella ❤️

Khamis, 19 Julai 2018

Selamat tinggal Astro dan Streamyx, selamat datang Unifi

Sape ada pengalaman pahit dengan Astro? hahaha! rata-rata ramai yg ada pengalaman pahit ni. Mcm kami sekeluarga juga, Astro tu yg sakit hatinya balik2 cite yg same. Tapi lagi sakit hati dengan Streamyx.. aduhai.. sakit jiwa di buatnya..mane taknya kelajuan yg kami amek dlu tak smpai 1mbps... hurmm.. sipot pon lagi laju tau. awal tahun ni (2018) barulah Unifi masuk area rumah kami. penantian satu penyiksaan betol menanti Unifi ni. 

Bila dah ade teruslah kami ucapkan selamat tinggal dengan Astro dan Streamyx.. hahaha! senang hati. Jimat pon ye jgk. bayangkan astro RM57 plus streamyx RM110 dah RM167 tu tak termasok call. Sbb tu kami jdi org pertama dlm taman masok Unifi hahaha! kami langgan yg Rm139 sebulan dengan kelajuan 30mbps dan dpt sekali Hypptv box tpi bulan pertama tu adalah mahal skit.. ala skit je.. berbaloilah dgn internet yg laju. kan da jimatttt.. nak layan movie mmg xde hal lah.. so korang bolehlah belek2 nak langgan yg mane satu.. Unifi Package ni mcm2 ade.. bye guys! Selamat Melanggan!

Layan movie sampai pengsan!

Sejak astro aku buang dalam tong sampah dan beralih arah kepada Unifi, setiap hari kami layan movie di rumah.. download saje (ceh mentang2 internet dah laju hahaha) klau dlu mcm sipot streamyx aku skrg.. berdezupppp dia pegi.. tgk movie online pon lancar je.. sini aku sertakan fb movie stars yg selalu aku download movie.. bye guys!


                                 https://www.facebook.com/MovieStarsOfficial/

Anak2 seni kami



“Belajarlah mengalah smpai tak seorg pun bisa mengalahkanmu, belajarlah merendah sampai tak seorg pun yg bisa merendahkanmu.. “ ❤️
#alunanmerduviolinistterkenalhamzahdolmat

Selasa, 17 Julai 2018

ios 11.4.1 on my iphone 6s

Akhirnya ios 11.4.1 keluar juga setelah ios sebelumnya memakan banyak bateri membuatkan aku asyik charge hp saje. After update ios 11.4.1 bateri tahan lebih lama. So guys no worries to update ur phone. Go update now!! 😉

phone.

Nasi goreng sambal belacan

Senang sangat buat nasi goreng sambal belacan ni. Sambal belacan ni instant tau. Dah siap perah limau lagi. Bawah ni video tutorial buat nasi goreng simple dan senang.. jom buat!!


Kini tinggal kami berempat


Setiap yg hidup pasti akan mati.
Kehilangan anggota keluarga ini amat perit sekali utk kami telan. Hanya Allah saja yg tahu segalanya. Hanya Dia saja yg tahu betapa deritanya Arwah semasa hayatnya. Sakit darah tinggi arwah yg tak setabil adalah punca pertama, arwah mula lupa2.. cakap tidak lancar.. bila sakit tak dirawat gamaknya melaratlah hingga tak boleh berckp langsung.. ini sgt menyedihkan. Rentetan masalah itu bahagian kanan arwah jgk terjejas. Mkn da tak boleh pakai tangan kanan. Kene pkai tgn kiri. 😢 

Dugaan demi dugaan arwah hadapi kali ini arwah jatuh dari basikal ketika hendak ke masjid menunaikan solat jumaat. Ketika itulah keadaannya semakin teruk, darah keluar dari mulut dan telinganya. Smpai di hospital dia di masukkan di zone merah dan tak sedarkan diri. Doktor menegaskan kepala arwah harus di operasi kerana ada darah beku yg harus di keluarkan. Berkat doa semua keluarga arwah kembali sihat.. walaupun tak sepenuhnya tpi masih boleh menguruskan diri.

Perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kami. Tiba2 saja kesihatan arwah semakin merundum selepas kami sekeluarga semua bercuti di Tanjung Leman Kota Tinggi. Selepas beberapa hari arwah tak boleh bangun. Matanya juga tiada tindak balas apatah lagi suara 😢😭 ke hospital kami tuju. Doktor mngesahkan ade kuman di paru2nya. Seminggu arwah dihospital dan tiada perubahan dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di kelilingi kami sekeluarga. Alfatiha buat arwah abg ku yg pertama MOHAMED ZAHARUDIN Bin MOHAMED KARIM 
Walau kau tiada tpi kau sentiasa di hati kami 💕😢

Video ini khas buat yg masih merindui dia.. rakaman ghazal sebelum arwah sakit. 😢